KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) telah mengarahkan semua jabatan/agensi penguat kuasa untuk melaksanakan operasi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi (SOP) atau lebih dikenalii sebagai ‘Op Patuh’ secara besar-besaran di seluruh negara
Sehubungan itu, Polis Johor dan beberapa agensi penguat kuasa telah mengambil tindakan melaksanakan operasi itu bermula 1 Julai dengan ketua-ketua polis daerah dilantik sebagai ‘ground commander’ untuk operasi di peringkat daerah.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil daripada 11 operasi pada 1 dan 2 Julai, sebanyak 77 kompaun berjumlah RM770,000 dikeluarkan hasil pemeriksaan ke atas 120 premis dalam operasi sepanjang dua hari lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi ditumpukan premis-premis kilang yang beroperasi di mana 100 buah kilang diperiksa, 14 buah premis perniagaan, tiga buah pasar raya dan tiga buah terminal bas.
“Sebanyak 77 kompaun dikenakan kompaun akibat ketidakpatuhan SOP yang mana 48 tindakan daripadanya dikenakan kepada perbadanan (pemilik premis) dan 29) adalah kepada pekerja/pelanggan.
“Sebanyak (4) premis telah diarah tutup serta-merta kerana kesalahan melanggar SOP utama,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
BERITA BERKAITAN “Sesiapa berkumpul esok, polis akan terus tangkap” – Amaran tegas Datuk Ayob Khan
Pecahan jenis kesalahan yang dikenakan kompaun adalah:
- Melebihi kapasiti datang bekerja 60 peratus (5 kompaun)
- Salah guna surat kebenaran beroperasi dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
- Tidak patuhi SOP Asas (42 kompaun)
- Langgar syarat Akta Kerajaan Tempatan (27 kompaun)
Katanya, 11operasi dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan kekuatan 503 orang terdiri daripad 322 pegawai dan anggota, serta seramai 181 orang daripada agensi-agensi lain,
Katanya, dalam tempoh berkenaan sebanyak 22 operasi dilaksana dengan kekuatan 503 penguat kuasa, yang mana 322 daripadanya adalah pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut terbabit 181 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP), Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam (JPAM). NIOSH dan pihak berkuasa tempatan.
“Polis Johor akan mempergiatkan operasi secara berterusan, perancangan dan signifikan bagi menyahut saranan kerajaan untuk mengurangkan ketidakpatuhan SOP yang membawa kepada peningkatan kes Covid-19,” katanya. – UtusanTV
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

