BERMULA tahun hadapan kadar saman dan kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diselaraskan mengguna pakai prinsip ‘the less you delay, the less you pay’.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri itu diambil bagi memberi keadilan kepada semua pihak selepas terdapat trend menunggu diskaun baru bayar saman.
Jelasnya, melalui prinsip ini, bermula 1 Januari 2026 mana-mana saman yang dibayar awal selepas ianya
dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan menerima potongan harga sehingga 50 peratus.
“Perincian struktur baharu kadar pengurangan kompaun saman adalah seperti berikut, kalau bayar dari satu hingga 15 hari pengurangan adalah 50 peratus.
“Daripada 16 hingga 30 hari pengurangan 33 peratus, daripada 31 hari hingga 60 hari kadar kompaun adalah maksimum. Kalau RM300 kadar maksimum RM300.
Baca artikel lain: Permohonan undi pos PRN Sabah dilanjut hingga Isnin
“Daripada 61 hari ke atas maka tindakan mahkamah dan senarai hitam akan dilaksanakan terhadap pemilik kenderaan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen, hari ini.
Bagaimanapun, Loke menambah, ketetapan tersebut tidak terpakai kepada kesalahan yang tak boleh dikompaun di mana ia memerlukan tindakan terus daripada pihak mahkamah.
Pada masa sama, Loke memberitahu bahawa dalam tempoh peralihan, bermula November ini sehingga Disember, JPJ dan PDRM menawarkan diskaun di antara 50 sampai 70 peratus kepada pesalah trafik.
“Namun dalam tempoh peralihan ini daripada November hingga akhir Disember orang ramai boleh menjelaskan saman JPJ dan PDRM pada kadar mengurangkan 50 hingga 70 peratus.
“Selepas tempoh ini prinsip ‘the less you delay, the less you pay’ akan dipatuhi sepenuhnya dan tiada pengurangan akan ditawarkan terhadap saman-saman,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

