Op Bantu: Ayob Khan sampaikan bantuan makanan sekitar JB

Dari Penulis

SELARAS dengan pelancaran Op Bantu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini turun padang menyampaikan bakul-bakul makanan kepada beberapa keluarga yang memerlukan di sekitar Johor Bahru.

Op Bantu merupakan inisiatif Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertujuan memudahkan rakyat mendapatkan bantuan makanan dari kerajaan.

Melalui Op Bantu, kesemua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara dijadikan sebagai pusat pengagihan bantuan bekalan makanan bagi mereka yang terkesan ketika penularan COVID-19.

Ayob Khan berkata, sebanyak 13 IPD terlibat di Johor yang dibekalkan 300 bakul makanan dilengkapi barangan keperluan asas untuk diagih-agihkan kepada golongan memerlukan.

“Op tersebut bermula hari ni dan akan dijalankan secara berterusan dengan setiap IPD berperanan sebagai tempat mendapatkan maklumat daripada orang awam yang memerlukan bantuan,” katanya.

BERITA BERKAITAN Terputus bekalan makanan? Kunjungi IPD berdekatan untuk dapatkan bantuan Op Bantu

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyertai Op Bantu di kawasan Kebun Teh, Johor Bahru hari ini.

“Saya menyeru masyarakat yang memerlukan bantuan perlu berhubung dengan IPD-IPD seluruh negeri dan mereka akan dipastikan mendapat sumbangan yang dijanjikan,” katanya.

Katanya, polis daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan dan bekalan makanan akan ditambah jika peruntukan tidak mencukupi.

KDN memaklumkan individu yang terputus bekalan makanan supaya memaklumkan kepada IPD berdekatan dan bagi mereka yang tidak dapat hadir, boleh menghubungi IPD berhampiran melalui talian rasmi. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun antara 13 didakwa merusuh di Jinjang

SERAMAI 13 lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini,...

More Articles Like This