Hafiz Suip buka mulut mengenai kesihatannya

Dari Penulis

MENYEDARI ramai yang risaukan keadaan tubuh badannya yang semakin kurus, penyanyi Hafiz Suip akhirnya membuka mulut mengenai tahap kesihatannya.

Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip,31, memberitahu dia sudah menjalani pemeriksaan kesihatan dan berada dalam keadaan sihat.

ARTIKEL BERKAITAN : Takut azab Allah, Hafiz Suip mohon maaf, peminat tanya kenapa kurus

Malah, menerusi hantaran di Instagram, penyanyi Awan Nano itu turut berkongsi gambarnya dan lengan yang berotot.

“Assalamualaikum semua, ni sikit lagi nak kembang, tunggu pusat gimnasium buka saja.

“Sihat dan sakit kita ini Allah SWT yang tentu kan bukan siapa-siapa termasuklah diri kita. Tapi sebagai asbab untuk kita tahu itu yang kita jumpa doktor.

“Setakat ini, Alhamdulillah semuanya okay…dah jangan fikir banyak. Kita teruskan usaha kita,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat terhadap dirinya.

Dia turut sempat memberi pesanan kepada orang awam untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan kekal duduk di rumah jika tiada hal penting di luar seperti yang diarahkan kerajaan.

“Yang di rumah, semoga selamat dan ikutlah SOP… dan yang sedang mencari keperluan, saya doakan semoga dipermudahkan sega;a urusan anda.

“Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Saya sayang anda sampai jannah, Insya-Allah,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kaki drama bersorak! Viu & iQIYI bergabung tenaga, tawar pakej langganan ‘dua dalam satu’

BERITA baik buat penggemar tegar naskhah dari rantau Asia! Dalam satu pengumuman yang menggegarkan industri hiburan digital serantau hari...

More Articles Like This