Lagi dakwaan pekerja J&T baling barang, SKMM akan jalankan siasatan

Dari Penulis

SEKALI lagi syarikat kurier J&T Express (J&T) menjadi perhatian netizen apabila tular video pekerjanya membaling bungkusan barang pelanggan.

Jika sebelum ini, tular video pekerjanya mogok dan membaling barangan di salah sebuah stor syarikat tersebut hingga mendorong syarikat itu dan kakitangannya meminta maaf, kini tular lagi satu video yang tidak diketahui tarikh kejadian.

Dalam video terbaru berdurasi 31 saat itu, seorang pengguna Facebook dikenali ‘John Tan’ memuat naik video itu yang memaparkan beberapa bungkusan barang dibaling dari lori di hadapan premis J&T.

Mengulas mengenai video tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan akan menjalankan siasatan jika menerima aduan berkaitan video tersebut.

Pengerusi SKMM, Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata, pihaknya memerlukan bantuan dan maklumat orang awam terutama individu yang menularkan video tersebut bagi membolehkan tindakan undang-undang dilaksanakan mengikut keperluan.

BERITA BERKAITAN Akhirnya J&T mohon maaf pekerja lempar barang seperti dalam video tular

“Kadang-kadang video lama ditularkan semula. Kita juga kena faham tindakan undang-undang perlu melalui aduan. Rangkaian perkhidmatan kurier besar dan pemegang lesennya ramai.

“Kalau aduan diterima sudah tentu SKMM akan siasat. Kalau didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap mereka yang terbabit,” katanya pada Berita Harian.

Fadhlullah berkata, pihaknya berharap orang ramai tidak sekadar memuat naik kenyataan atau video sesuatu insiden di media sosial, sebaliknya menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan susulan.

“Kita buat pemantauan, namun tidak boleh pantau semua video ditularkan di media sosial.

“Juseru, kita harap orang ramai buat aduan. SKMM tidak boleh mulakan siasatan berdasarkan video tular sahaja.

“Orang yang muat naik video pun kadang-kadang tiada maklumat lanjut. Media sosial ada masanya dijadikan sebagai platfrom menulis surat layang. Kita perlu ikut proses undang-undang sedia ada,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

RTM mohon maaf gangguan siaran aksi Perancis-Senegal di RTMKlik

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf kepada penonton susulan gangguan teknikal yang menjejaskan siaran langsung separuh masa pertama perlawanan...

More Articles Like This