Resipi ikan goreng asam boi

Dari Penulis

Unik dan menarik resipi ikan goreng asam boi oleh Cef Amer Hamzah ni. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN:
300 gm isi ikan kerapu-bersihkan & potong kiub
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 biji telur putih
1 sudu besar tepung jagung

BAHAN TEPUNG SADUR:
½ cawan tepung naik sendiri
1/3 sudu kecil serbuk penaik (bancuh bersama 1 cawan air)
2 sudu besar minyak

½ batang timun- buang kulit & hiris halus
½ labu bawang besar- hiris kecil
1 batang serai – hiris kecil
3 tangkai cili padi – potong kecil
1 tangkai cili merah – hiris kecil
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu kecil jus limau kasturi
3 biji asam boi- hiris ambil isinya
2 sudu besar sirap pati oren

CARA:
1.Gaul isi ikan dengan garam, lada sulah, pati ikan bilis, putih telur dan tepung jagung.
2.Celup dalam tepung saduran – goreng hingga garing selama 8 minit.
3.Campurkan timun, bawang besar, serai, cili, sos dan semua bahan perasa. Gaul sebati.
4.Masukkan isi ikan goreng tadi, gaul sebentar dan hidangkan.

Resipi: Cef Amer Hamzah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This