Beberapa lokaliti di Pahang, Sarawak, Johor & Sabah PKPD

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEBERAPA lokaliti di empat negeri iaitu Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Pelaksanaan PKPD itu akan dikuatkuasakan di beberapa lokaliti di Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah mulai Rabu ini sehingga 27 Julai depan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKPD di Pahang akan dikuatkuasakan di Felda Lembah Klau, mukim Gali, Raub.

Pada masa sama, satu lagi kawasan Felda iaitu Felda Maokil, Muar akan turut dikenakan PKPD di Johor.

Kata beliau, PKPD di Sarawak pula dilaksanakan di Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Lundu, Kuching.

“Pelaksanaan PKPD di Sabah membabitkan Taman Muhibbah Fasa 1, 2 dan 3, Beaufort.

Baca artikel berkaitan: PKPD punca peningkatan kes harian, sudah dijangka – TPM

“Selain itu, beberapa kawasan sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau merangkumi Kampung Patikang Ulu; Kilang dan kuarters Focus Lumber; Kilang dan kuarters Veracity; kilang dan kuarters Hasil Jadi; Pusat Memandu IDA dan penempatan warga Indonesia.

“Tiga lagi lokaliti di Sabah turut dilaksanakan di Penampang iaitu Kampung Madsiang, Apartment Beverly Hills Fasa 2 dan Kampung Kobusak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pelanjutan PKPD di dua lokaliti yang terletak di Selangor dan Pahang.

Katanya, PKPD di CLQ Gamuda Garden, Rawang yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan selama enam hari mulai Rabu ini sehingga 19 Julai.

Beliau memaklumkan, satu lagi lokaliti yang dilanjutkan adalah Flat Taman Benus Jaya, Bentong selama dua minggu mulai Rabu hingga 27 Julai 2021.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This