Tok Mat ganti Tajuddin sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO

Dari Penulis

TIDAK sampai 24 jam tersebar rakaman audio yang didakwa mirip suara Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, hari ini Ahli Parlimen Pasir Salak itu ‘digugurkan’ daripada jawatan Pengarah Pilihan Raya UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini menjalankan tugas sebagai Pengarah War Room Barisan Nasional (BN) dan parti itu diamanahkan menggantikan tempat Tajuddin.

‘’Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi. Dengan kedudukan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi BN, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan pilihan raya melibatkan semua-parti komponen BN,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tajuddin, hari ini.

Tajuddin merupakan Ahli Parlimen kedua yang ‘digugurkan’ daripada jawatan lantikan dalam parti selepas Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung BN pada 5 Januari lalu.

Walaupun rakaman suara mirip Tajuddin itu yang dikatakan dirakam dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (UMNO) pada 7 Julai lalu tidak disahkan oleh mana-mana pihak, namun ia telah dimuatnaik dalam Facebook Annuar, semalam.

Dalam rakaman itu, suara mirip Tajuddin tersebut antara lain berkata, UMNO tidak bersedia menghadapi pilihan raya kerana jentera parti di kawasan Parlimen belum lagi mencapai tahap sepenuhnya.

‘’Saya bagi tahu anda semua sekarang, adakah semua tahu status kawasan-kawasan kita (UMNO)? Adakah kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya?. Saya beritahu data menunjukkan kita (UMNO) memerlukan satu tahun untuk perkuatkan jentera pilihan raya. Berapa banyak lagi senarai ini, kawasan Parlimen tidak bersedia.

“Nama besar pun ada tak mencapai lagi undi asas untuk menang, apa yang kamu cakap?. Saya tak mahu menyebut nama, bagaimana yang menang tipis pun malas nak sebut… nak jaga air muka kawan-kawan.

“Kita belum bersedia untuk pilihan raya, tetapi kita paksa untuk pilihan raya, kita bersediakah?,” soal suara mirip Tajuddin itu.

Annuar pula dipecat selepas beliau mendedahkan gerakan mewujudkan jajaran baharu politik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP oleh segelintir pemimpin UMNO. 

Sehari selepas itu, Annuar mengadakan sidang media khasmendakwa wujud sokongan secara hitam putih yang turut membabitkan pemimpin tertinggi UMNO, kepada Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Annuar  mendakwa dokumen sokongan yang beliau peroleh berkenaan disahkan tulen, malah juga membabitkan Ahmad Zahid.

Katanya, surat sokongan bertarikh 11 Oktober lalu terbabit didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.

“Saya tahu semua sekali. Surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak, dan ia adalah tulen,’’ katanya 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This