“Maaf…Pekebun haram tidak dibenarkan masuk ambil barang” – JPNP

Dari Penulis

JABATAN Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) tidak membenarkan pekebun memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam untuk mengambil barang-barang yang tertinggal dalam kawasan tersebut.

JPNP dalam kenyataannya berkata, ia kerana tindakan ini boleh mengganggu siasatan yang kini sedang giat dilengkapkan sepenuhnya untuk tujuan pendakwaan.

“Keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat serta pandangan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Timbalan Pendakwa Raya,” jelas JPNP melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerima permintaan daripada Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon untuk berbuat demikian pada kunjungan hormat di Wisma Sri Pahang, semalam.

BERITA BERKAITAN 85 hektar kebun durian haram di Raub selesai ditebang, tanah akan ditanam pokok Meranti

Bagaimanapun dalam kenyataannya, Wan Rosdy meminta Sin Woon mendapatkan sendiri kebenaran JPNP sekiranya pekebun-pekebun haram durian Musang King di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Batu Talam, mahu memasuki kawasan operasi penguatkuasaan untuk mendapatkan semula barangan milik mereka yang tertinggal.

Sejak operasi memusnahkan kebun durian terbabit pada 3 Julai lalu, kira-kira 15,000 pokok durian Musang King yang ditanam secara haram dalam HSK Batu Talam seluas lebih 101 hektar, sudah ditebang.

Berikutan itu, kira-kira 20,000 pokok hutan antaranya Merawan, Meranti, Balau, Keruing dan beberapa spesis lain akan ditanam di kebun terbabit dan setakat ini, lebih 2,000 pokok sudah ditanam.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This