Rekod lagi, semalam 11,079, hari ini 11,618 kes

Dari Penulis

REKOD lagi. Sebanyak 11,618 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, mengatasi jumlah penularan semalam yang berjumlah 11,079.

Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan kekal melaporkan kes harian tertinggi dengan kira-kira 70 peratus penularan hari ini dilaporkan di tiga negeri tersebut.

Jika semalam Selangor melaporkan 5,263 kes, hari ini penularan di negeri tersebut adalah 5,051.

Kuala Lumpur pula mencatatkan peningkatan hari ini menjadi 1,729 kes berbanding 1,521 semalam.

Negeri Sembilan pula melaporkan 1,537 kes, tertinggi yang pernah dicatatkan di negeri berkenaan. Semalam Negeri Sembilan mencatatkan 1,033 kes.

Melaka pula melaporkan 526 kes dan ini diikuti Kedah dengan 504 penularan.

Kebanyakan negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara turut mencatatkan kes tiga angka seperti Pahang (400 kes), Kelantan (236 kes) dan Pulau Pinang (210 kes).

Ini diikuti Terengganu dengan 189 kes manakala Perlis kembali mencatatkan kes baharu dengan tiga kes.

Baca artikel berkaitan: REKOD!! 11,079 kes baharu, hampir semua negeri meningkat

Kurangkan kes dengan meningkatkan vaksinasi – KP Kesihatan

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan sebelum ini memaklumkan jumlah kes yang tinggi kebelakangan ini sejajar dengan peningkatan saringan di kawasan PKPD termasuk kilang-kilang.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 14 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 11,618 kes (867,567 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 5,051 (300,974)
WPKL – 1,749 (92,837)
Johor – 396 (76,037)
Sabah – 286 (73,136)
Sarawak – 289 (69,865)
Negeri Sembilan – 1,537 (55,756)
Pulau Pinang – 210 (37,294)
Kelantan – 236 (36,721)
Kedah – 504 (30,000)
Perak – 164 (29,771)
Melaka – 526 (23,135)
Pahang – 400 (17,183)
Terengganu – 189 (12,181)
WP Labuan – 38 (9,305)
WP Putrajaya – 40 (2,761)
Perlis – 3 (611)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This