Tiada lagi beratur panjang di CAC Stadium Malawati

Dari Penulis

SEBELUM ini, suasana di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati, Shah Alam tidak ubah seperti situasi di ‘medan perang’.

Keadaan orang ramai yang terpaksa beratur panjang di bawah terik matahari dan hujan membuatkan ramai melahirkan kebimbangan.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membantu salah seorang pesakit Covid-19 di Pusat Penilaian Covid-19 Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Lebih memilukan, ada juga pesakit yang dipercayai dijangkiti COVID-19 pengsan akibat terlalu lama berdiri menunggu giliran untuk mendaftar.

Gambaran petugas kesihatan dalam peralatan perlindungan diri (PPE) bertungkus-lumus membantu pesakit hingga ada yang tersungkur kepenatan amat meruntun jiwa.

Namun begitu, keadaan cukup berbeza hari ini apabila tiada lagi suasana pesakit terpaksa beratur panjang.

Tiada lagi keadaan penuh sesak dengan ribuan pesakit apabila situasi telah terkawal dan teratur.

Keadaan lenggang sekitar jam 11.30 pagi ketika tinjauan UtusanTV di Pusat Penilaian Covid-19 Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Tinjauan UtusanTV sekitar pukul 11.45 pagi mendapati keadaan di luar Stadium Malawati juga agak lengang.

Proses pendaftaran serta penilaian kesihatan juga berjalan lancar di mana pesakit-pesakit tidak lagi terpaksa menunggu lama.

Keadaan lenggang sekitar jam 11.30 pagi ketika tinjauan UtusanTV di Pusat Penilaian Covid-19 Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah ditambah telah membuatkan perkhidmatan terbaik dan pantas dapat diberikan.

Di bahagian luar, deretan kerusi yang sebelum ini dipenuhi pesakit-pesakit COVID-19 menunggu sebelum mendapatkan penilaian turut lengang dan kosong.

Kelihatan pesakit-pesakit covid-19 berehat ketika tinjauan UtusanTV di Pusat Penilaian Covid-19 Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Namun begitu, menurut seorang petugas kesihatan, CAC Stadium Malawati itu menerima kehadiran pesakit yang ramai pada awal pagi iaitu sekitar 8 hingga 10 pagi tadi.

Katanya, perkara itu bagaimanapun tidak membebankan dan suasana terkawal.

Keadaan lenggang sekitar jam 11.30 pagi ketika tinjauan UtusanTV di Pusat Penilaian Covid-19 Stadium Malawati Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This