Suspek conteng dinding istana, tumbuk polis maut kemalangan

Dari Penulis

LELAKI yang dipercayai menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit dan menumbuk seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Bedong, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan yang dijalankan mendapati suspek berusia 30-an itu disyaki terbabit dengan kedua-dua kejadian tersebut.

Dinding tembok Istana Anak Bukit, di Alor Setar yang discontent suspek. Foto POLIS KEDAH

Katanya, lelaki itu terlebih dahulu dipercayai terbabit dalam insiden khianat apabila menconteng dinding tembok Istana Anak Bukit, di Alor Setar kira-kira pukul 3 petang.

Menurutnya, suspek bagaimanapun melarikan diri dan siasatan di lokasi mendapati suspek menconteng bahagian tembok dinding istana dengan tulisan ‘SAMR’.

“Siasatan juga mendapati suspek menggunakan motosikal berwarna hitam. Susulan kejadian itu, polis memulakan operasi mengesan suspek,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kamarul Zaman berkata, seterusnya kira-kira pukul 5 petang, lelaki itu dipercayai ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan menumbuk seorang anggota polis wanita yang sedang bertugas hingga cedera di muka.

Ujar beliau, suspek selain itu turut membaling satu objek dipercayai pistol mainan sebelum melarikan diri dengan menggunakan motosikal warna hitam.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek diteruskan dan polis telah menjumpainya di kawasan Gurun, Sungai Petani dan lelaki itu melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis kemudian terus melarikan diri, tanpa mengendahkan amaran pihak polis supaya berhenti.

“Ketika dalam usaha melarikan diri, motosikal yang ditunggang laju oleh suspek dipercayai terbabas di kawasan Bedong, Sungai Petani menyebabkannya cedera,” katanya.

Kamarul Zaman bagaimanapun berkata, pegawai perubatan yang tiba ke lokasi kejadian mengesahkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat, Seksyen 332 Kanun Keseksaan kerana mencederakan penjawat awam dan Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 memiliki senjata tiruan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This