Takbir raya kawasan Fasa 2 PPN dibenarkan – Jakim

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

Takbir Hari Raya Aidiladha selama tiga hari di semua masjid dan surau kawasan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan, kata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jakim dalam kenyataan berkata, solat sunat dan khutbah Aidiladha serta ibadah korban bagi tahun ini turut dibenarkan mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) dan kebenaran pihak berkuasa agama negeri.

Bagaimanapun, takbir dari rumah ke rumah, jamuan selepas solat sunat Aidiladha, program ziarah, ziarah tanah perkuburan dan rumah terbuka atau majlis jamuan hari raya adalah tidak dibenarkan.

Menurut Jakim, masjid atau surau juga perlu mengadakan kaunter di pintu masuk dengan jumlah yang hadir perlu dihadkan bilangan.

Pada masa sama, Jakim memaklumkan, pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah perlu diambil di samping kerap mensanitasi ruang solat dan kawasan sekitar termasuk tandas serta ruang wuduk.

Baca artikel berkaitan: Perlis benar solat Aidiladha di tanah lapang

“Pintu masjid hanya dibuka satu jam sebelum solat dan ditutup sejurus selepas selesai aktiviti solat berjemaah manakala jemaah yang sihat serta tidak bergejala sahaja dibenarkan hadir dengan mengikut SOP,” katanya dalam kenyataan itu.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha, Selasa depan dengan lapan negeri telah beralih ke Fasa Kedua PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Selangor membenarkan pelaksanaan solat sunat Aidiladha pada pagi 20 Julai ini dengan kapasiti 50 jemaah termasuk pentadbirnya di masjid-masjid negeri berkenaan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan kebenaran tersebut turut diberikan kepada surau kebenaran solat Jumaat dengan kapasiti 40 jemaah termasuk pentadbir.

Kata beliau, kategori masjid yang dibenar melaksanakan solat sunat Aidiladha ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya; masjid pengurusan; institusi dan kariah manakala surau kariah tidak dibenarkan melaksanakan solat sunat berkenaan.

“Pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat hanya dibenarkan menjemput jemaah yang merupakan ahli kariahnya dan mereka sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This