Marah kerana dipotong barisan, teksi rempuh tiga kereta di KKIA

Dari Penulis

SEORANG pemandu teksi berusia 60-an bertindak merempuh tiga kereta lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini, dipercayai kerana marah apabila barisan menunggu penumpang dipotong pemandu teksi lain.

Video kejadian pada kira-kira pukul 1 petang itu menjadi tular di media sosial, lapor Bernama.

Paparan video itu antara lain menunjukkan tindakan lelaki berbaju jingga memandu kereta jenis Proton Iswara merempuh kenderaan lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt. George Abdul Rakman ketika dihubungi pemberita mengesahkan kejadian berkenaan, dan berkata polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian untuk tindakan selanjutnya.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Had usia 16 tahun: Kawal selia ditetapkan, elak pengesahan umur dimanipulasi

BEBERAPA langkah kawal selia telah ditetapkan termasuk pengesahan umur yang mesti disokong rekod rasmi kerajaan dan bukan sekadar pengisytiharan...

More Articles Like This