PKPD 12 lokaliti di Sabah, KL dan Sarawak mulai Ahad

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK 12 lagi lokaliti akan diletakkan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Kesemua 12 lokaliti yang terletak di Sabah, Kuala Lumpur dan Sarawak itu dikenakan PKPD mulai Ahad ini sehingga 7 Ogos depan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu selepas mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di semua kawasan tersebut.

Kata beliau, majoriti iaitu 10 daripada 12 lokaliti itu terletak di Sabah termasuk Kampung Kolam di Kudat.

Selain itu, beliau memaklumkan, PKPD turut dikenakan di Taman Sabana Fasa 1, Keningau dan Kampung Berhala Darat dan Kampung Melayu Bumiputra di Sandakan.

“Pelaksanaan PKPD juga dikenakan di Kampung Nagapas, Papar.

“Enam lagi lokaliti yang akan dikenakan PKPD terletak di Kota Kinabalu iaitu Taman Sepanggar; Blok D & E, Apartment Angkasa; Bandar Sinsuran; Kampung Sepakat Jaya; Kampung Rampayan dan Kampung Lokub,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD di Kuala Lumpur akan dikuatkuasakan di Taman Hock Ann, Jalan Klang Lama.

Baca artikel berkaitan: 25 lokaliti di Sabah, Kelantan & Pahang kena PKPD

Katanya, PKPD di Sarawak pula dikuatkuasakan di Kuarters Pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2, Dalat, Mukah.

Selain penguatkuasaan PKPD, Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan PKPD di dua lokaliti.

Jelas beliau, penamatan PKPD itu melibatkan dua lokaliti iaitu Apartmen Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Satu lagi lokaliti, katanya, adalah Blok 11 dan 12, Lorong 4, Taman Nuri, Sandakan, Sabah.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa telah bersetuju menamatkan PKPD di kedua-dua lokaliti tersebut.

“Kedua-dua lokaliti itu yang telah dikuatkuasakan PKPD sejak 11 Julai lalu akan ditamatkan mengikut jadual pada 24 Julai iaitu esok,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This