Fattah Amin ‘serah jiwa’ demi Hamba

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KE,MBALI dengan single baharu berjudul Hamba, pelakon dan penyanyi Fattah Amin menjadikan untaian indah ciptaan Hafiz Hamidun dan Mel Ramlan itu sebagai ‘ubat’ yang boleh dijadikan penawar segala rasa sedih dan kecewa yang dialami apa lagi diketika pandemik COVID-19 masih ‘menyerang’ negara.

Tidak dinafikan, wabak COVID-19 yang menular ketika ini bukan sahaja mampu melumpuhkan ekonomi tetapi turut menjejaskan emosi hingga ada yang mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat hidup.

Justeru, kata Fattah, sebagai hamba-Nya, adalah menjadi tugas kita untuk terus berdoa dan bersujud kepada Allah agar segala kesukaran yang dihadapi segera berakhir.

“Lagu ini sebenarnya termasuk dalam tiga projek khas yang saya jalankan bersama Hafiz. Projek pertama adalah lagu Kiriman Agung dan diikuti pula dengan Sinar Selawat. Seperti yang diketahui, dua lagu itu ada kaitan dengan kelahiran cahaya mata saya, Nur Fatima Aisya. Bagaimanapun untuk single kali ini, ia tiada kaitan dengan anak saya.

“Sebaliknya ia berkisar kepada penyerahan jiwa seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun berdepan dengan pelbagai ujian dan rintangan, kita jangan mudah putus asa.

“Sebagai hamba kita hanya mampu berdoa dan Allah yang akan makbulkan permintaan kita itu. Insya-Allah akan ada jalan keluar untuk semua ini,” katanya.

Tambah Fattah lagi, pelancaran Hamba dilihat bertepatan dengan situasi semasa yang sedang dihadapi rakyat Malaysia saat ini.

“Saya tahu ramai yang tertekan dengan kehidupan mereka di luar sana sebab tak dapat nak keluar bekerja dan mengalami masalah kewangan.

“Saya anggap lagu ini keluar tepat pada waktunya dan pendengar boleh kaitkan diri mereka dengan mesej yang hendak disampaikan,” ujarnya.

Berkongsi proses rakaman lagu, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin,31, memaklumkan Hamba mengambil masa setahun untuk disiapkan sepenuhnya.

“Lagu ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan kerana proses rakaman tertangguh beberapa kali disebabkan situasi pandemik yang dihadapi.

“Selain itu, penghasilan lagu ini juga dibuat dengan cukup teliti. Jika ada bahagian yang tak berapa berkenan di hati, saya akan minta dibuat penambahbaikan.

“Bila saya betul-betul berpuas hati dengan hasilnya, barulah saya bersedia untuk melancarkan lagu itu. Lambat pun tidak mengapa asalkan hasilnya dapat memuaskan hati semua pihak,” ujarnya.

Tidak seperti lagu yang pernah dihasilkannya sebelum ini, Fattah turut berkolaborasi dengan penyanyi rap, Kmy Kmo. Mengulas perkara itu, suami kepada aktres Nur Fazura ini berkata, usaha itu dibuat bagi memberi kelainan dalam karyanya.

“Setiap kali menghasilkan lagu baharu, saya sentiasa memikirkan apa kelainan yang boleh dilakukan. Memandangkan saya tidak pernah berkolaborasi dengan penyanyi rap, saya pun menyuarakan hasrat itu kepada syarikat label iaitu Universal Music Malaysia.

“Selepas mengadakan perbincangan, akhirnya mereka memilih Kmy Kmo untuk berduet dengan saya. Dalam lagu ini, dia menulis sendiri lirik dan juga mencipta melodi bahagian yang dinyanyikannya.

“Bagi saya Kmy sangat berbakat dan selepas mendengar hasil kerjanya, saya terus suka kerana melodinya sedap didengar dan liriknya selari dengan jalan cerita lagu ini. Perkara itu menjadikan kombinasi kami menjadi lebih menarik,” luahnya penuh teruja.

Selepas tiga kali berturut-turut menghasilkan lagu berkonsepkan ketuhanan, timbul tanda tanya, apakah Fattah kini sudah beralih arah untuk bergelar penyanyi nasyid. Menafikan perkara itu, Fattah menyatakan apa yang dilakukannya itu hanyalah untuk mencabar kebolehan diri serta mahu menjadi penyanyi serba boleh.

“Sebelum ini saya memang dikenali sebagai penyanyi balada dan saya juga pernah bereksperimentasi dengan muzik saya menerusi lagu Bebas.

“Bila saya menyanyikan lagu bergenre ketuhanan, bukanlah bermakna saya nak jadi penyanyi nasyid. Sebaliknya saya hanya mahu mempelbagaikan genre muzik saya supaya orang tak bosan dan nampak statik,” ungkapnya.

Sementara itu, Kmy ketika mengulas pembabitannya dalam lagu itu berkata ia berasa teruja kerana selain dapat bekerjasama dengan Fattah, dia juga diberi peluang untuk menghasilkan lirik lagu itu.

“Ketika menulis lirik lagu ini, kebetulan saya baru sahaja menghasilkan lirik Neraca dan Zuhud. Jadi ‘mood’ ketuhanan itu masih ada dalam diri dan secara tidak langsung, memudahkan saya untuk menyiapkan bahagian lirik yang akan saya nyanyikan.

“Bersesuaian dengan jalan cerita lagu ini, saya menulis lirik berdasarkan pemerhatian terhadap situasi yang berlaku ketika ini. Saya seorang yang suka bermain dengan eksperimen sosial.

“Dalam dunia ini, kita semua adalah hamba. Kita juga boleh merasakan kegembiraan dan keperitan yang sama sebenarnya,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lovebites pilih Kuala Lumpur sebagai destinasi siri jelajah dunia Outstanding Tour

SELEPAS hampir sedekad membina pengaruh besar sebagai antara kumpulan heavy metal wanita paling berprestij di dunia, impian peminat tegar...

More Articles Like This