Resipi mini pai

Dari Penulis

Resipi mini pai ini memang sedap. Tidak menggunakan banyak bahan, resipi yang dikongsi oleh Fatimah Homebaking ini wajib anda cuba.

BAHAN UNTUK KULIT PAI

250 gm mentega
125 gm gula kastor
500 gm tepung gandum
1 biji telur

CARA:
1.Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.Masukkan tepung dan telur dan gaul hingga sebati.
3.Bentukan adunan tadi di dalam bekas pembakar.

BAHAN UNTUK INTI
3 biji epal
100 gm gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
½ cawan air
1 sudu besar tepung jagung

CARA:
1.Kupas kulit epal dan potong dadu atau hiris.
2.Di dalam periuk masukkan kesemua bahan dan kacau sehingga epal lembut.
3.Pekatkan dengan tepung jagung yang dibancuh dengan air.
4.Sejukkan sebentar.
5.Letak inti epal di dalam kulit pai dan tutup dengan kulit pai di bahagian atas.
6.Sapukan telur yang dipukul di bahagian atas pai.
7.Bakar di dalam ketuhar sehingga warna kekuningan.

Resipi: Fatimah Homebaking

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bukan Sekadar Minuman Moden, Koppiku Bawa Misi Lestarikan Warisan Peniaga Cendol Jalanan

BERDEPAN arus pemodenan, ikon pencuci mulut kebanggaan rakyat Malaysia iaitu cendol, kini diberi nafas baharu menerusi inovasi minuman gaya...

More Articles Like This