32 premis diarah tutup, 12 lokaliti di 3 negeri dikenakan PKPD

Dari Penulis

SEBANYAK 32 premis yang meliputi empat buah kilang dan 27 premis perniagaan diarah tutup kerana gagal mematuhi SOP, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu dilakukan oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang melaksanakan 74.561 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,894 orang.

‘’Ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,819 buah kilang, 13,797 premis perniagaan, 702 tapak pembinaan dan 198 buah asrama penempatan pekerja,’’ katanya dalam kenyataan.

Mengenai PKPD, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, sebanyak 12 lokaliti dikenakan perintah itu mulai 28 Julai hingga 10 Ogos ini.

Di Sabah, kata beliau, sebanyak lapan lokaliti dikenakan PKPD termasuk tiga di Sipitang iaitu Kampung Menengah, Kampung Buang Sayang dan Kampung Pasir Putih.

‘’Lokaliti lain yang dikenakan PKPD di Sabah ialah Kampung Kauran di Keningau, Kampung Mostyn Lama, Kunak, Perumahan Ladang Pontian Kuril, Kinabatangan, Taman Kinarut Ria, Papar dan  Kampung Tawadakan, Kota Belud,’’ kata beliau.

Ismail Sabri juga mengumumkan, tiga lokaliti di Pahang turut dikenakan perintah yang sama iaitu Sungai Klau dan Sungai Calit, Mukim Gali, Raub, Tapak Bina IBN Highland Genting Highlands dan Kampung Pagar Batu 6 Penjom, Lipis.

‘’Di Kelantan, Kampung Telaga Tujuh, Labok, Machang turut dikenakan PKPD,’’ katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, seramai 438 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah tersebut, seramai 434 individu dikompaun manakala empat lagi direman.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This