Hishammuddin ambil alih tugas umum SOP PKP mulai esok

Dari Penulis

MENTERI Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengambil alih tugas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pengumuman harian berkaitan aktiviti penguatkuasaan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai esok.

Ismail Sabri berkata, langkah itu selaras dengan pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri manakala Hishammuddin sebagai Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan).

‘’Sekalung penghargaan kepada semua yang terbabit sepanjang penglibatan saya, bermula daripada anggota pentadbiran, kementerian-kementerian terlibat, agensi, frontliners serta rakyat yang mahukan negara bebas daripada Covid-19,’’ katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak 20 Mac tahun lalu beliau memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan) dan semua kenyataan media harian berkaitan Task Force Operasi Pematuhan dan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta 342 di seluruh negara bagi mengawal penularan wabak Covid-19 telah dikeluarkan oleh beliau setiap hari sepanjang 1 tahun 4 bulan dan 6 hari.

‘’Setiap hari saya menerima serta mengumumkan laporan berkenaan pematuhan SOP, kawalan sempadan negara dan lain-lain perkara daripada semua agensi terlibat memberi penjelasan kepada rakyat berkenaan situasi semasa keselamatan dalam tempoh PKP berkenaan Covid-19 dan Pelan Pemulihan Negara (PPN),’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This