Israel kecilkan zon menangkap ikan Gaza kepada 6 batu nautika sahaja

Dari Penulis

ISRAEL mengecilkan zon menangkap ikan bagi penduduk Gaza dari 12 batu nautika kepada enam batu nautika atau separuh daripada keluasan yang dibenarkan sebelum ini.

Al Jazeera yang memetik kenyataan cawangan tentera Israel yang bertanggungjawab bagi hal ehwal di wilayah Palestin (COGAT) sebagai berkata, keputusan itu dibuat berikutan serangan belon api berterusan dari Genting Gaza sehingga mengakibatkan kebakaran di Israel.

Penduduk Palestin menyiapkan belon api untuk dilancarkan dari Genting Gaza ke Israel.

“Adalah diputuskan untuk mengecilkan zon menangkap ikan di Genting Gaza dari 12 batu nautika kepada enam batu nautika.

“Keputusan itu dibuat berikutan serangan belon api berterusan yang dilancarkan dari Genting Gaza ke arah Israel yang merupakan satu betuk pencabulan kepada kedaulatan Israel,” katanya, semalam.

Semalam, jabatan bomba Israel memadamkan kebakaran belukar di tiga lokasi di kawasan Eshkol dengan mendakwa ia berpunca daripada belon api.

Pada 12 Julai, Israel mengumumkan pertambahan keluasan zon menangkap ikan di perairan Gaza berikutan situasi keselamatan semasa yang tenang.

Pelancaran belon api itu berlaku dua bulan selepas serangan 11 hari pengganas Israel ke atas Gaza sekali gus menjadi prospek terbaharu kepada serangan tentera rejim ke wilayah yang ditadbir oleh pergerakan Hamas pada bila-bila masa.

Sebelum konflik Mei lalu, zon menangkap ikan di Gaza adalah seluas 15 batu nautika.

Perang Mei lalu meragut nyawa sekurang-kurangnya 260 penduduk Palestin termasuk 66 kanak-kanak ketika di pihak Israel, seramai 13 orang termasuk dua kanak-kanak maut.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett membandingkan serangan belon api dengan serangan roket dan mengarahkan serangan udara ke atas Gaza berikutan serangan itu.

Kali terakhir belon dari Gaza mengakibatkan kebakaran di Israel adalah pada 2 Julai lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This