Zarul Umbrella berbesar hati dapat lagu ciptaan Ajai

Dari Penulis

Setelah keluar dengan single terakhir berjudul Remuk pada 2018, kini Zarul Husin atau lebih dikenali dengan Zarul Umbrella kembali dengan single terbaru berjudul Sepenuh Hati hasil ciptaan komposer terkenal Ajai dan lirik ditulis oleh Iman Imran.

Zarul amat berbesar hati diberi peluang untuk menyanyikan lagu ciptaan Ajai kerana sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, dia tidak pernah mendapat hasil sentuhan karya komposer tersebut.

Mengikut kata pencipta lagu ini, Ajai mengatakan single Sepenuh Hati ini yang mempertaruhkan genre balada, mempunyai elemen Latin seperti lagu popular Umbrella, Bukalaha Hatimu. Dia yakin bahawa Zarul dapat menyampaikan lagu ini dengan baik kerana Zarul mempunyai’ latin groove’ yang baik.

Projek single itu diterbitkan oleh Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby Records Sdn. Bhd., dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Bagi perkembangan terbaru Zarul , beliau kini semakin aktif di sosial media terutama di channel Yotube, Zarul Umbrella dengan kandungan mengenai perkhidmatan penerbangan awam seluruh dunia.

Cuma kekangan di waktu pandemik Covid-19 ini menghadkan dirinya untuk membuat penggambaran bagi mencari kandungan yang lebih menarik. Namun, baru-baru ini dia tampil dengan sketsa pendek mengenai ragam penumpang dan anak kapal.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Kalau suara tidak pulih, saya bersedia undur diri…” – Datuk Jamal Abdillah dedah realiti pahit disebalik vokal emasnya

INDUSTRI muzik tanah air mungkin bakal kehilangan permata paling berharga sekiranya Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, mengambil keputusan...

More Articles Like This