TNB sumbang dua kontena sejuk beku kepada hospital di Kedah

Dari Penulis

TENAGA Nasional Berhad (TNB) hari ini menyumbangkan dua kontena sejuk beku untuk menempatkan jenazah pesakit COVID-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.

Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya prihatin dengan keperluan mendesak di kedua-dua hospital justeru tampil menghulurkan sumbangan itu bagi membolehkan proses pengurusan jenazah berjalan lancar.

“TNB sentiasa peka dengan situasi semasa pandemik COVID-19 ini dan kita ambil maklum akan keperluan hospital tersebut, jadi saya berbincang dengan pihak pengurusan tertinggi TNB untuk kita ambil tindakan segera.

“Dalam masa dua hari sahaja kita putuskan untuk menyerahkan sumbangan kontena sejuk beku ini dan saya berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Ir Baharin Din yang banyak membantu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata TNB turut menyumbangkan dua unit Alat Penafas BerpemekatanUdara (PAPR) yang amat diperlukan oleh HSB.

“Peralatan khas tersebut digunakan oleh doktor dalam pembedahan kes-kes berkaitan COVID-19 dan keseluruhan nilai kontena dan peralatan tersebut ialah RM165,000.

“Kita berharap sumbangan daripada TNB ini akan dapat menyelesaikan masalah kritikal yang dihadapi oleh kedua-dua hospital dan juga menghilangkan kerisauan orang ramai di negeri ini berkaitan pengurusan jenazah mangsa COVID-19,” katanya.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This