12 lokaliti di lima negeri dikenakan PKPD mulai Jumaat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

Sebanyak 12 lagi lokaliti akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Jumaat ini susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Pelaksanaan PKPD di 12 lokaliti tersebut terletak dalam lima negeri iaitu Johor, Kelantan, Sabah, Perak dan Selangor.

Sabah terus menjadi negeri tertinggi yang dikenakan PKPD melibatkan lima lokaliti diikuti tiga di Perak dan masing-masing satu di Johor, Kelantan dan Selangor.

Perkara berkenaan diumumkan Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hishammuddin, pelaksanaan PKPD di kesemua 12 lokaliti itu akan dikuatkuasakan selama dua minggu sehingga 19 Ogos depan.

Kata beliau, pelaksanaan PKPD di Sabah masing-masing melibatkan dua di daerah Kunak dan Kota Kinabalu serta satu di Sipitang.

Di Kunak, Hishammuddin berkata, PKPD akan dikenakan di Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri.

Baca artikel berkaitan: Sembilan lokaliti di Sabah, Terengganu, Pahang kena PKPD

“PKPD di Kota Kinabalu pula akan dilaksanakan di Kampung Tanjung Aru Lama dan Universiti Apartmen 1 manakala Kampung Kuala Mengalong di Sipitang.

“Pelaksanaan PKPD di Johor pula membabitkan Taman Puteri di Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin memaklumkan, Taman Sri Kebakat, Tumpat, Kelantan merupakan satu-satunya lokaliti di negeri berkenaan yang terlibat dalam PKPD mulai Jumaat ini.

Di Perak pula, beliau berkata, PKPD akan melibatkan Kampung Menteri Kuala Sepetang, mukim Matang dalam daerah Larut Matang Selama.

Selain itu, Hishammuddin turut memberitahu, pelaksanaan PKPD akan dikenakan di dua kilang dan asrama pekerja dalam daerah Larut Matang Selama.

“PKPD itu melibatkan dua kilang Comfort Rubber Glove di Simpang dan Matang serta asrama pekerja di Hujung Matang.

“Pada masa sama, PKPD turut dikenakan di Kampung Belum Baru, Hulu Perak selain Gugusan Semarak, PJU 5, Kota Damansara, Selangor,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This