Johari Abdul dan dua lagi Ahli Parlimen PH selesai beri keterangan

Dari Penulis

TIGA lagi ahli Parlimen pembangkang selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung perarakan Ahli Parlimen pembangkang ke bangunan Parlimen baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata tiga Ahli Parlimen berkenaan adalah Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.

Beliau berkata mereka hadir ke IPD berkenaan secara berperingkat sejak 10 pagi tadi. 

“Siasatan masih diteruskan dan saya percaya lebih ramai akan hadir untuk membantu siasatan himpunan itu dalam masa terdekat. Kami mahu rekod percakapan mereka perlu lihat kesesuaian dan kelapangan masa Ahli Parlimen terbabit,” katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, seramai enam ahli parlimen pembangkang hadir ke IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan berkenaan.

Isnin lepas, Ahli Parlimen pembangkang cuba memasuki pekarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan berikutan penularan COVID-19.

Kumpulan itu kemudian bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan polis.- BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This