Sektor perkilangan penyumbang utama kes dari kluster di Selangor

Dari Penulis

PENYUMBANG utama kes-kes baharu dari kluster COVID-19 di Selangor adalah dari sektor perkilangan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Shaari Ngadiman berkata, ini diikuti kluster perkhidmatan, tapak bina, perniagaan dan komuniti.

“Kluster lain sangat sedikit. Kita juga teliti sama ada wujud kluster Aidiladha, namun tiada kluster baharu akibat perayaan tersebut.

“Ini bermakna rakyat Selangor akur mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aidiladha,” katanya dalam sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Tambahnya, 40 peratus kes harian di Selangor adalah daripada kontak rapat dan ini diikuti kes bergejala (22 peratus) setua pekerja (20 peratus).

Sementara itu, Dr Shaari berkata, bagi membolehkan rawatan diberikan, kapasiti hospital di Selangor telah ditingkatkan kepada 7,671 katil iaitu penambahan sebanyak 1,506 katil.

Katanya, ini termasuk mengkhususkan 4,879 katil untuk pesakit COVID-19 dan terdapat empat hospital COVID-19 sepenuhnya di Selangor.

“Untuk rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, kita sediakan 315 tempat manakala oxygen pot terdapat 6,719.

“Bilangan ini cukup tetapi KKM tambahkan lagi jumlahnya termasuk menyediakan untuk keperluan segera mana-mana hospital,” jelasnya.

Katanya, Hospital COVID-19 Sungai Buloh serta Selayang lazimnya mencapai hampir 100 peratus kapasiti.

“Sebab itu, kita buka satu lagi hospital COVID-19 di Hospital Serdang (selain Ampang). Juga kita telah tambahkan katil,” jelasnya.

Beliau dalam pada itu, merakamkan penghargaan kepada sektor perkhidmatan swasta yang membolehkan saringan COVID-19 yang tinggi di negeri tersebut.

“Saringan berterusan menujukkan kesedaran masyarakat sangat tinggi dengan 85 peratus dilakukan di hospital atau klinik swasta,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This