MCA, MIC sokong kerajaan PN seperti diputuskan kepemimpinan BN

Dari Penulis

PARTI MCA dan MIC kekal dengan pendirian memegang teguh ketetapan yang dibuat oleh kepemimpinan Barisan Nasional (BN) tahun lalu iaitu menyokong penuh kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedia ada.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pendirian yang diambil ketika menubuhkan kerajaan tahun lalu itu tidak akan berubah selagi satu keputusan baharu belum dibuat dari mesyuarat BN bagi mengubah keputusan yang dibuat sebelum ini.

“Biro Politik MCA telah menyatakan keputusan untuk mengikut ketetapan BN yang dibawa tahun lalu iaitu kekal bersama kerajaan sekarang sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam sidang akhbar bersama Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub bersama 21 Ahli Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Ismail Sabri mengumumkan seramai 31 Ahli Parlimen BN terus menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan supaya keabsahan kerajaan ditentukan menerusi usul undi percaya di Parlimen.

BERITA BERKAITAN 31 Ahli Parlimen BN terus sokong PN, junjung titah Agong

Sementara itu Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata, partinya turut berpegang kepada pendirian yang sama seperti yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi MIC yang mengikuti keputusan BN sebelum ini.

“Segala keputusan yang dibuat untuk menyokong kerajaan adalah dibuat oleh kepimpinan BN dan segala perubahan keputusan juga mesti dibuat oleh BN,” katanya.

Beliau berkata, keputusan UMNO untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN dengan tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, DAP, PKR dan Pas merupakan sesuatu yang tidak munasabah kerana UMNO sendiri tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This