Brunei kembali laksana kawalan pergerakan, masjid ditutup, sekolah online

Dari Penulis

SELEPAS mengesan kes COVID-19 tempatan buat kali pertama dalam tempoh lebih setahun, Brunei kembali melaksanakan peraturan kawalan pergerakan lebih ketat kepada rakyatnya.

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei, langkah kawalan dengan segera itu dilaksanakan semula selama dua minggu termasuk menutup masjid, surau dan tempat ibadat lain.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Brunei juga memaklumkan sekolah beralih kepada pembelajaran online, tidak makan di restoran, menutup kemudahan sukan dalam dan luar, pusat riadah serta pawagam.

Tiada perhimpunan sosial dibenarkan manakala premis perniagaan seperti pasar raya dan tamu dibenarkan dengan penjarakan sosial.

Bagi mengelak kebimbangan penyebaran varian Delta di seluruh dunia termasuk Brunei, Kementerian Kesihatan negara itu juga mewajibkan pemakaian pelitup muka dengan arahan berkenaan berkuat kuasa kepada semua individu tanpa mengira status vaksinasi.

Dengan lapan kes baharu yang dilaporkan semalam, jumlah kes COVID-19 di Brunei meningkat kepada 347.

Kali terakhir kes jangkitan tempatan dilaporkan di negara itu adalah 6 Mei 2020.

Ketika ini, negara-negara di Asia Tenggara menyaksikan peningkatan kes baharu susulan penularan varian Delta.

Kementerian Kesihatan Brunei berkata, lima daripada tujuh kes tempatan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh beberapa bulan terakhir.

Dua lagi kes tempatan mempunyai asal usul jangkitan yang tidak diketahui dengan gejala ringan, tetapi tiada sejarah perjalanan ke luar negara.

Kes import pula membabitkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang tiba di negara berkenaan pada 30 Julai lalu dari Timur Tengah melalui Kuala Lumpur.

Kementerian Kesihatan, memaklumkan pihaknya kini sedang mengesan kontak rapat membabitkan semua kes terbabit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This