18,688 kes baharu, Kedah meningkat 1,610 penularan

Dari Penulis

SEBANYAK 18,688 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, turun sedikit berbanding 19,257 semalam.

Menurut data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), enam negeri mencatatkan kes melebihi 1,000 kes.

Tertinggi seperti biasa, Selangor dengan 6,565 kes disusuli Kuala Lumpur, 1,883 kes.

Kedah pula ketiga tertinggi dengan kes baharu di negeri itu meningkat kepada 1,610 kes berbanding 1,514 semalam.

Tiga lagi negeri yang mencatatkan empat angka penularan ialah Sabah (1,379 kes), Johor (1,308 kes) dan Negeri Sembilan (1,140 kes).

Terendah hari ini ialah Labuan dan Perlis dengan masing-masing mencatatkan dua dan enam kes.

Baca artikel berkaitan: 96.2 peratus kes baharu kategori 1 dan 2, 210 kematian hari ini

Kes baharu turun kepada 19,257, Kedah naik 1,514

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 8 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 18,688 kes (1,262,540 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 6,565 (465,015)
WPKL – 1,883 (140,404)
Johor – 1,308 (100,452)
Sabah – 1,379 (93,835)
Sarawak – 581 (81,328)
Negeri Sembilan – 1,140 (78,777)
Kedah – 1,610 (56,598)
Pulau Pinang – 694 (52,368)
Kelantan – 870 (49,433)
Perak – 861 (43,924)
Melaka – 526 (35,584)
Pahang – 602 (29,125)
Terengganu – 598 (20,696)
WP Labuan – 2 (9,711)
WP Putrajaya – 63 (4,478)
Perlis – 6 (812)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This