Mohon henti tularkan rakaman audio Siti Sarah kritikal – Shuib

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAWAK Shuib meminta orang ramai agar berhenti berkongsi rakaman audio yang tular di WhatsApp mengenai keadaan isterinya, Siti Sarah yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.

Kata Shuib atau Shahmira Mohamad, rakaman audio tersebut bukan perkembangan terkini Siti Sarah.

“Berkenaan ‘voice note’ yang viral (tular) mengenai Siti Sarah, itu adalah keadaannya pada hari Jumaat, 6 Ogos lalu.

“Jadi saya mohon tolong hentikan kongsi dan padam rakaman audio itu di mana-mana platform media sosial,” katanya.

Terdahulu rakaman audio yang tular itu menceritakan keadaan Siti Sarah yang dikatakan sudah tiada harapan untuk hidup setelah dimaklumkan oleh doktor yang merawat penyanyi tersebut.

Dalam pada itu, ujar Shuib, status terkini isterinya masih belum sedarkan diri dan turut memohon orang ramai untuk terus menitipkan doa buat Siti Sarah.

“Keadaan terkini Sarah masih lagi sedang ditidurkan dan saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan.

“Saya juga mendoakan kepada semua agar dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah SWT,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gali pengalaman sendiri, Shiha Zikir kongsi kisah survival hidup dalam single Mula

PENYANYI, Shiha Zikir mengambil pendekatan berani dengan menolak trend lagu jiwang klise menerusi pelancaran single terbaharunya yang berjudul Mula. Kolaborasi...

More Articles Like This