DUNIA sukan negara diselubungi berita memeritkan malam ini selepas jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaan dalam saringan pertama acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam aksi di Velodrom Saint Quenting, Azizulhasni yang merupakan harapan terakhir negara untuk merangkul emas di Sukan Olimpik Paris dalam acara kegemarannya itu dibatalkan penyertaan selepas didakwa selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek.
Ia sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.
Baca artikel lain: Azizulhasni teruskan kemaraan ke pusingan ketiga, tewaskan Hamish Turnbull
Pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo itu diletakkan dalam saringan ‘maut’ bersama pelumba handalan lain termasuk Matthew Glaetzer dari Australia dan pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland.
Glaetzer kemudiannya menguasai saringan pertama itu diikuti Hoogland.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Shahrom disingkirkan dalam saringan kelima walaupun berada di kedudukan ketiga di belakang pelumba Trinidad & Tobago, Nicholas Paul dan pelumba Poland, Mateusz Rudyk.
Bagaimanapun, Muhammad Shah Firdaus akan tetap turun dalam saingan repechage yang akan berlangsung sebentar lagi.
Sebagai rekod, dua teratas pada setiap saringan akan melayakkan diri ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung esok.
Dua teratas pada ‘repechages’ yang akan berlangsung sekitar jam 1 pagi nanti akan turut mendapat slot ke pusingan seterusnya.
Pada temasya di Tokyo tiga tahun lalu, Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat negara dengan jaguh berbasikal Great Britain, Jason Kenny merangkul pingat emas sementara pingat gangsa menjadi milik Harrie Layversen dari Belanda.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

