Ketam sweet & sour chinese style, menu terakhir arwah Siti Sarah. Wanita ini kongsi caranya

Dari Penulis

Resipi terakhir allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, Ketam sweet and sour Chinese style tular di laman sosial dan nyata keenakannya cukup menyentuh sanubari, menusuk hingga ke hati.

Terima kasih Ameera atas perkongsian ini. Semoga memberi manfaat buat semua.

Cara :

Ketam 10 ekor. Siang dan cuci bersih.
Panaskan minyak. Bawang putih 6 ulas, halia besar ibu jari. Cincang begini. Tumis sehingga naik bau.
Cili kisar kering. Masukkan 2 sudu besar. Sukatan ini anak anak pun boleh makan sama. Jika sukakan pedas boleh letak lebih. Tumis sehingga pecah minyak. Arwah masak pakai cili boh. Ikut selera masing-masing.
Sos cili angaran 2 sudu besar.
1 sudu besar gula.
2 sudu besar sos tiram.
3 sudu kecil kicap cair.
Masukkan air 1 mangkuk.
Masukkan 1 sudu makan black vinegar. Jika tiada, boleh gantikan dengan cuka biasa.
Masukkan 1 sudu besar sos tomato.
Garam secukup rasa.
Kemudian masukkan ketam. Gaul sama rata.
Kemudian selepas masak ketam, masukkan tepung jagung 2 sudu besar. Letakkan sedikit air untuk larutkan. Masukkan dan gaul.
Kemudian masukkan putih telur. Gunakan 2 biji putih telur. Telur kuning tak pakai.
Gaul rata dan tutup sekejap. Masak dalam 5-6 minit.
Dah masak tutup api. Siap.
Terima kasih aruah Siti Sarah. Perkongsian resipi juga salah satu saham kita di akhirat kelak. Selagi ada orang dimuka bumi ini menggunakan dan manfaatkan resipi, selagi itulah pahala kita terus mengalir.

3 amalan yang kita akan bawa bila meninggal kelak.

1- Doa anak yang soleh & solehah
2- Ilmu yang bermanfaat
3- Sedekah amal jariah – Ameera.
Walaupun dia sudah tiada, tapi kehidupan dan moment dia masih hidup. Meninggalkan kita dengan satu rentapan supaya berkasih sayang bersama suami hingga ke akhir hayat. Taat dan mencintai suami dengan sepenuh jiwa. 

Sumber : Ameera


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This