UMNO, BN sah calonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu

Dari Penulis

UMNO akan mencalonkan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Yaakob sebagai calon tunggal bagi jawatan Perdana Menteri baharu yang juga dipersetujui oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Beberapa pemimpin UMNO yang ditemui media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi memberi bayangan jelas mengenai pencalonan Ahli Parlimen Bera tersebut.

Anggota MKT yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan calon yang dipilih oleh parti itu adalah bekas Timbalan Perdana Menteri.

“Yes, Ismail Sabri adalah calon (Perdana Menteri),” kata Tajuddin ketika ditanya pemberita selepas menghadiri mesyuarat tersebut.

Katanya, beliau gembira kerana UMNO adan BN bersetuju untuk mencalonkan seorang calon sahaja sebagai perdana menteri.

“Kita akan mendapat jumlah sokongan mencukupi dengan sokongan parti lain, termasuk dari Bersatu,” katanya sambil menyatakan mereka mengalu-alukan jika Ahli Parlimen dari Pejuang atau Warisan juga menyokong calon tersebut.

BERITA BERKAITAN Apa lagi UMNO mahu?…Jangan sulitkan pemilihan calon PM

Sumber menyatakan,keputusan tersebut akan dimaklumkan kepada Ahli-ahli Parlimen dari UMNO dan BN untuk mendapatkan sokongan mereka.

Sementara itu Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ditanya mengenai keputusan itu mendapat persetujuan MKT UMNO menjawab: “Ya”.

Antara MP BN yang hadir adalah Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Datuk Seri M. Saravanan (Tapah).

Semenara itu ahli MKT UMNO, Armand Azha Abu Hanifah dalam hantaran di Facebook berkata, dengan sokongan tersebut Ahli Parlimen Bera itu dijangka akan memiliki sokongan 115 ahli parlimen.

Jika menjadi kenyataan, jumlah itu mencukupi untuk naib presiden UMNO terbabit mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata keutamaan baginya ialah kestabilan politik negara dan berharap keputusan yang akan dibuat Yang di-Pertuan Agong nanti dapat mewujudkan keadaan itu.

Hal itu kerana, katanya, negara perlu memberi tumpuan kepada isu yang lebih penting iaitu menangani pandemik COVID-19.

“Cukup-cukuplah berpolitik,” katanya yang ditemui media selepas pertemuan malam tadi. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This