“Nak berhijrah ke nak melawa? Nak dua-dua” – Izara Aishah

Dari Penulis

Penampilan pelakon Izara Aishah yang kini tampil sopan dan bertudung labuh mendapat pujian dan reaksi positif daripada peminat dan netizen di media sosial.

Walaupun sudah berhijrah, Izara memberitahu ia bukan halangan untuk dirinya tampil cantik dan menjaga penampilan.

 “Nak berhijrah ke nak melawa? Nak dua-dua! Haha jangan serius sangat,” kata Izara di laman Twitter.

Membalas komen netizen, Izara memaklumkan menjaga penampilan adalah perkara sunnah dan sebahagian daripada dakwah .

“Kalau merakamkan gambar membuatkan anda gembira, lakukannya. Allah sukakan keindahan. Menjaga penampilan adalah satu sunnah dan juga sebahagian daripada dakwah.

“Berbau harum itu sunnah. Kalau anda sukakan penampilan anda, itu tanda syukur kepada Allah. Selagi tiada sifat sombong atau riak. Sebab bila pakai baju mahal, ada manusia yang jadi ‘ekshen’ (riak),” jelas Izara.

Dalam pada itu, Izara turut berkongsi hadis menyebut tentang Allah menyukai umatnya yang menjaga penampilan dan kecantikan di Instagram.

Kata Izara, kita  boleh mengambil gambar cantik-cantik sebagai salah satu cara gembirakan hati asalkan berpada-pada dan tidak meninggi diri.

Perkongsian Izara di Instagram

Terdahulu, pada 14 Ogos lalu, Izara mengejutkan pengikutnya di Instagram setelah berkongsi foto mengenakan pakaian yang sopan serta bertudung labuh.

Selain itu, Izara turut memadam semua fotonya yang tidak bertudung di Instagram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This