Pendakwah terkenal hadir beri keterangan di Bukit Aman

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDAKWAH terkenal yang dipanggil bagi membantu siasatan polis berhubung kes gangguan seksual dilaporkan hadir ke Bukit Aman, pagi ini.

Memetik laporan Harian Metro, pendakwah tersebut dilihat tiba di Bukit Aman kira-kira pukul 9 pagi menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Seorang individu yang memakai kopiah kemudiannya dilihat masuk ke dalam pondok keselamatan untuk proses pendaftaran sambil ‘dikepung’ beberapa individu lain dipercayai bagi mengelak dirakam media.

Individu tersebut kemudiannya bergerak ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11).

Baca artikel berkaitan: Pendakwah terkenal dipanggil bantu siasatan gangguan seksual?

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan.

Kata beliau, satu kenyataan media akan dikeluarkan mengenai kehadiran pendakwah itu.

Semalam, UtusanTV melaporkan seorang pendakwah terkenal dipercayai akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan melibatkan kes gangguan seksual.

Sumber memberitahu, pendakwah terkenal itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.

Difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil untuk merakam percakapan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada akan hadir atau tidak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This