Polis kenal pasti individu sebabkan kematian Syamsul Haris

Dari Penulis

POLIS meneruskan siasatan untuk mengenal pasti individu-individu yang terlibat atau bertanggungjawab ke atas kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Ini susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengarahkan kes kematian pelatih tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk siasatan selanjutnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata, tindakan tersebut dilakukan sebelum kertas siasatan dirujuk semula ke AGC untuk arahan selari dengan peruntukan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti mereka yang terlibat atau bertanggungjawab ke atas kematian tersebut sebelum kertas siasatan dirujuk semula ke AGC,” katanya dalam kenyataan.

Beliau memberitahu, pada 28 Julai lalu, satu siasatan mati mengejut (SDR) telah dimulakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Johor atas kematian pelatih tersebut.

Katanya, pada 27 Ogos pula, Unit siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman telah mengambil alih sepenuhnya siasatan kes kematian tersebut.

Ini jelasnya, berikutan perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan permohonan notis usul keluarga si mati untuk penggalian semula (exhumation) dan bedah siasata kali kedua.

“Pada 2 Disember (hari ini), PDRM telah memberi taklimat hasil siasatan kes kematian berkenaan kepada AGC.

“AGC telah mengarahkan agar kes kematian ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang,” katanya.

Untuk itu beliau mengingatkan masyarakat agar tidak membuat apa-apa spekulasi terhadap kes ini sementara PDRM melengkapkan siasatan dan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This