Tanggungjawab Perdana Menteri dan Kerajaan Baharu

Dari Penulis

Oleh: DR AWANG SARIYAN

SEBAGAI susulan pelantikan Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri oleh Yang di-Pertuan Agong, Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengucapkan tahniah kepada beliau.

Pelantikan itu perlu disedari sebagai tanggungjawab atau taklif kepada negara, bukan kuasa dan keistimewaan.

Kerajaan baharu yang ditubuhkan hendaklah bermula dengan usaha berhemat dalam perbelanjaan negara, terutama dalam keadaan ekonomi dilanda krisis besar sebagai akibat wabak COVID-19.

Antara langkah berhemat termasuklah mengehadkan jumlah kementerian yang ditubuhkan atau menyatukan mana-mana bidang yang berkaitan dalam sebuah kementerian sahaja.

Nisbah menteri yang dilantik hendaklah seimbang antara pemimpin politik dengan golongan profesional untuk menjamin kecekapan dan keberkesanan kepemimpinan negara.

Keutamaan perbelanjaan negara hendaklah ditumpukan kepada usaha mengatasi wabak COVID-19 dan kesannya dalam bidang kesihatan, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Inisiatif dan pelan pemulihan yang telah dirancang oleh kerajaan dahulu perlu dilaksanakan dengan mengurangkan kerenah birokrasi dan tidak terjejas oleh ketirisan, salah guna kuasa dan ketidakadilan kerana faktor seperti kelainan fahaman politik.

Baca artikel berkaitan: Ismail Sabri angkat sumpah PM-9 esok, dapat sokongan 114 ahli Parlimen

Agong harap pelantikan PM baharu akhiri kemelut politik

Kerajaan baharu ini bukan sahaja mesti bersih, tetapi mesti kesihatan bersih daripada salah guna kuasa, rasuah, ekonomi hitam, diskriminasi berasaskan faham politik, kaum dan faktor lain.

Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan pada tahun ini, penubuhan kerajaan baharu dalam bulan kemerdekaan ini hendaklah mengisytiharkan kemerdekaan negara daripada rasuah, salah guna kuasa, nepotisme dan favoritisme.

Mana-mana individu yang terlibat dengan kerja-kerja fasad yang disebut itu tidak boleh sekali-kali diberi ruang dalam kepemimpinan negara, negeri dan institusi yang ada kepentingan negara. Demikian juga halnya dengan sesiapa yang masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Untuk memastikan agar dasar-dasar utama negara terus utuh, Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan pancang-pancang kenegaraan wajib dipelihara dan dipertahankan.

Antara pancang kenegaraan yang utama termasuklah kedudukan Raja-Raja, agama Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak sah kaum-kaum lain.

Kerajaan Baharu hendaklah benar-benar memastikan pemisahan tiga juzuk penting negara, iaitu penggubal undang-undang, eksekutif dan kehakiman kerana salah satu punca tidak berkesannya pelaksanaan dasar dan undang-undang negara ialah pertelingkahan dan campur tangan antara ketiga-tiga enti yang sepatutnya saling melengkapi dan memperkukuh perjalanan pentadbiran negara.

Prof. Datuk Seri Dr Awang Sariyan merupakan Pengerusi Gerakan Jihad Rakyat Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Satu ID untuk kuasai semuanya: MyDigital ID ‘hadiah’ atau kuda Trojan?

JIKA anda cuba memperbaharui cukai jalan minggu lalu dan dipaparkan mesej timbul “Oops! Something went wrong”, anda bukan bersendirian....

More Articles Like This