Ringkas dan tak mahu di bawah sorotan, PM kongsi kisah isterinya

Dari Penulis

MENERUSI satu hantaran di Facebook miliknya hari ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil peluang berkongsi kisah beliau dan isteri kepada pengguna media sosial Malaysia.

Walaupun secara ringkas tetapi ia cukup menarik perhatian ramai dengan kata-kata yang diluahkan Perdana Menteri kepada Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Denggan panggilan Nani atau Ni, Ismail Sabri berkata, Muhaini adalah seorang yang sangat simple dan sentiasa tidak mahu berada di bawah sorotan.

“Sebab itu jarang sangat nampak dia. Terima kasih Ni, sebab sentiasa ada di sisi Sabri. Daripada Sabri tak ada apa-apa sehingga lah ke hari ni. Susah senang bersama,” kata Ismail Sabri.

Susulan itu, hantaran terbaru Perdana Menteri pantas menjadi tular dengan lebih 75,000 tanda suka diterima dalam tempoh kira-kira sejam.

Menceritakan sedikit sebanyak mengenai kisahnya bersama isteri, Ismail Sabri berkata, mereka mula berkawan sejak beliau berusia 19 tahun.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri Ke-9

“Isteri saya orang yang sentiasa ada di sisi saya sejak berkawan dengan dia dari saya berumur 19 tahun.

“Saya menyertai politik pada tahun 1986, pada umur 26 tahun dan waktu tu kami baru saja mendirikan rumah tangga,” jelasnya.

Ismail Sabri serta isteri melangsungkan perkahwinan pada 1986 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, seorang perempuan dan tiga lelaki.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarja Muda Undang-Undang Universiti Malaya (UM) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan semalam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This