Kepala air: PM umum bantuan segera RM75 juta kepada Kedah

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob hari ini mengumumkan bantuan segera berjumlah RM75 juta bagi membantu kerajaan negeri Kedah memperbaiki segala kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai Rabu lepas.

Beliau berkata peruntukan itu termasuk RM50 juta menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air yang antara lain untuk menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer fasa satu daerah berkenaan melibatkan kos sebanyak RM5 juta.

Daripada peruntukan RM50 juta itu katanya, juga melibatkan kerja membina dua jambatan baharu sebanyak RM23 juta, pembinaan intake loji rawatan air di Gurun dan Tupah (RM2 juta), pembinaan Empangan Sabo fasa satu (RM20 juta) serta kerja pembaikan kemudahan pelancongan desa dan kerja baik pulih bekalan air.

Baca artikel berkaitan: Mayat keenam mangsa fenomena kepala air ditemukan

Selepas melapor diri di Perdana Putra, PM ke Kedah tinjau bencana

“Pada masa sama menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terkesan dengan bencana ini.

“Sebanyak RM5,000 juga akan diberikan kepada keluarga yang kehilangan waris dalam kejadian ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau kawasan terjejas banjir akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai Rabu lepas.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Pengarah NADMA Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Ismail Sabri Yaakob meninjau kawasan bencana fenomena kepala air di Yan dan Merbok hari ini.

Ismail Sabri berkata bantuan RM75 juta itu tidak termasuk peruntukan menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM3 juta yang akan disalurkan untuk membantu membaik pulih rumah penduduk yang rosak di kedua-dua daerah tersebut.

Beliau berkata bantuan berkenaan akan disalurkan secara terus kepada keluarga yang terlibat.

“Saya berharap dengan peruntukan yang diberikan kepada kerajaan negeri Kedah ini akan dapat membantu selesaikan isu yang timbul akibat limpahan air dari Gunung Jerai ini.

“Semua bantuan ini kita akan salurkan segera supaya tidak timbul isu terutamanya melibatkan kemudahan infrastruktur di dua daerah ini,” katanya.

Sementara itu, menerusi Facebook beliau, Ismail Sabri melahirkan rasa sedih dan hiba melihat keadaan 1,856 kediaman dan premis perniagaan yang musnah dan terjejas teruk akibat bencana alam ini.

“Banjir buruk yang berlaku telah meragut enam nyawa dan ketika saya berada di Titi Hayun, mayat mangsa keenam yang hilang dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai ditemui pasukan penyelamat.

“Al Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban. Semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini.,” katanya.-BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This