SEBANYAK 13.02 juta individu merangkumi 55.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah diberikan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Lembah Klang merekodkan 83.8 peratus populasi dewasa menerima dua dos vaksin.
JKJAV memaklumkan setakat semalam, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 31.28 juta dos dengan 18.25 juta adalah dos pertama.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 441,100 dos diberikan semalam dengan 303,545 merupakan dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian memaklumkan sasaran 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksin dipercepatkan kepada 31 Oktober.
Ini susulan kejayaan program pemberian vaksinasi di Malaysia yang diakui terpantas di dunia dengan mencecah kira-kira setengah juta dos sehari sejak bulan lalu.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

