Sedapnya daging sukka ni. Sedap makan bersama nasi atau roti. Jom lihat bahan dan cara penyediaan resipi daging sukka ini.

BAHAN A
½ kg daging batang pinang – potong kecil
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil serbuk garam masala
2 sudu kecil serbuk cili

BAHAN B
2 labu bawang besar
2 tangkai cili hijau
1 sudu kecil serbuk cili
4 sudu kecil minyak masak

BAHAN C
¼ cawan santan
2 sudu besar kelapa parut
3 cendawan butang – potong nipis
4 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos perang
10 gm keju mozarella
10 gm keju cheddar
½ biji tomato – potong kecil
Sedikit lada benggala – potong kecil
Sedikit daun rosemary
Garam

CARA
1.Perap daging dengan bahan A. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga naik bau.
3.Masukkan daging yang telah diperap.
4.Apabila daging hampir masak masukkan bahan C kecuali kelapa parut. Gaul sebati.
5.Setelah kuah agak pekat, masukkan kelapa parut dan gaul sebati.

Resipi: Rizamudin Mugeni