Penyanyi popular, Ernie Zakri menitipkan doa buat ibu mertuanya yang baru sahaja meninggal dunia 22 Ogos lalu. Jelas Ernie, walaupun hanya diberi kesempatan selama lima bulan bersama wanita yang dipanggil Umi itu, namun banyak kenangan manis dan ilmu yang dipelajari.
“Innalillahiwainnailaihirojiun.
Umi saya telah pergi buat selama lamanya kelmarin. Alhamdulillah, perjalanan untuk urusan pengebumian dipermudahkan semalam. Syukur Ya Allah.
Allah SWT pinjamkan Umi untuk saya selama 5 bulan sahaja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis manis. Subhanallah, rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat. Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun diberi masa singkat.
I don’t know if i’ve been a good daughter in law to you and Ayah, but I know I have the best mother & father in law ever. MasyaAllah.
Anak anak akan rindukan Umi sangat sangat especially your keletah. Kami redha dengan pemergian Umi. Semoga Allah swt lapangkan kubur Umi ku seluas mata memandang. Itu doa yang Umi selalu amalkan.
Thank you Umi. I love you so much. Hanya Allah swt yang tahu. Thank you for all the beautiful memories. Terima kasih pada semua yang mendoakan Umi. Semoga yang baik baik Allah swt balas kepada anda semua. ❤”
Ibu kepada penyanyi Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, meninggal dunia pada 22 Ogos lalu selepas terpaksa ditidurkan pada 24 Julai lalu akibat kekurangan oksigen dalam badan.
Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu sebelum ini memaklumkan keadaan ibunya tiada kena mengena dengan jangkitan wabak Covid-19.

