“Hawa tampilkan kisah konflik kehidupan empat wanita” – Tam Suhaimi

Dari Penulis

Pengarah, Tam Suhaimi kini muncul dengan karya baharu arahannya berjudul Hawa yang menampilkan lakonan hebat oleh Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Hamidah Wahab, Bella Dowanna dan ramai lagi.

Menurut Tam yang juga penulis skrip Hawa bersama Baizura Kahar, drama 13 episod terbitan Infinitus Productions itu mengisahkan empat wanita yang hidup dalam keluarga harmoni, namun tidak terlepas dengan konflik kehidupan.

“Isu-isu yang diketengahkan dalam drama ini sering berlaku pada golongan wanita dan penonton akan dapat kaitkan dengan perkara yang terjadi disekeliling mereka.

“Alhamdulillah dengan barisan pelakon yang hebat, mereka telah berjaya membawa watak dari skrip ke skrin dengan begitu baik dan tanpa masalah,” kata Tam.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri Hawa.

Tambah Tam, menghasilkan drama mengenai wanita tidak sukar kerana pengalaman pernah mengarah naskah yang berkonsepkan sama sebelum ini.

“Sepanjang mula mengarah semua cerita saya dapat mengenai wanita, jadi tidak sukar untuk saya mengarah drama Hawa ini.

“Cuma tentang Hawa cabarannya adalah saya perlu ketengahkan isu poligami dan curang. Perkara-perkara itu saya tidak pernah lalui dalam kehidupan.

“Setiap babak saya akan berbincang dengan pelakon, team dan penulis skrip agar dapat mengupas isu itu dengan lebih lancar agar nampak cantik dan realistik di skrin.

Setiap babak Tam akan berbincang dan sesuaikan agar nampak cantik dan realistik di skrin

“Cabaran lain yang saya hadapi adalah melakukan pengambaran ketika PKP. Ada juga babak yang terpaksa diubar agar dapat mengiku SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Penggambaran dapat dilakukan dan diselesaikan pada jangka masa yang disediakan oleh pihak penerbitan,” cerita Tam tentang penggambaran yang dijalan pada bulan Februari hingga Mac lalu.

Drama bersiri Hawa yang dibintangi oleh Nadiya Nisaa, Ruzana Ibrahim, Hamidah Wahab, Bella Dowanna, Yusri Saleh, Donna Muslim, Shah Faris dan Akma Abdullah mengisahkan kehidupan Along menjadi huru-hara ketika suaminya, Haji Ali sedang koma. Perkara menjadi rumit lagi apabila isteri kedua Haji Ali muncul dan mengaku, dia adalah isteri kedua Haji Ali.

Keluarganya, Hajjah Iman, Angah dan Acu mengalami masalah mereka sendiri. Angah mengesyaki suaminya juga curang kepadanya, Hjh Imaan disaman kerana penipuan & Acu mendedahkan rahsia di vlog hidupnya!

Pelbagai masalah yang melanda keluarga mereka. Apakah kesudahan untuk semua ini? Adakah mereka dapat menyelesaikan dengan baik atau akan merumitkan lagi keadaan yang sekarang yang memang sudah rumit?

Jangan lupa tonton drama bersiri Hawa yang mula bersiaran  pada 24 Ogos dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 134).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This