Ismail Sabri mampu terus tingkatkan hubungan Malaysia-Singapura – Muhyiddin

Dari Penulis

TAN SRI Muhyiddin Yassin yakin Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan terus mempertingkatkan lagi hubungan baik Malaysia dan Singapura.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara tersebut disampaikan ketika menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yang menghubungi beliau bagi bertanya khabar dan mengetahui perkembangan selepas Muhyiddin tidak lagi menerajui negara.

‘’Hsien Loong turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas hubungan serta kerjasama baik yang kami sama-sama jalinkan sepanjang lebih setahun bergelar rakan sejawat, dan berdoa saya dapat terus memainkan peranan dalam aspek hubungan dua hala antara kedua-dua negara,’’ katanya dalam kenyataan melalui Facebook.

Muhyiddin berkata, Hsien Loong juga memberi jaminan langkah memperkasakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dalam pelbagai aspek akan terus dilaksanakan.

‘’Secara peribadi, saya amat menghargai nilai persahabatan yang ditunjukkan Hsien Loong, bukan sahaja kebelakangan ini, bahkan ketika kami saling mengenali lama dahulu.

‘’Masih segar diingatan pertemuan bersemuka dan bersejarah kami di tengah-tengah Tambak Johor pada Julai tahun lepas, iaitu sejurus saya menjawat jawatan Perdana Menteri, manakala beliau sendiri baru saja mengangkat sumpah bagi menyambung tugas sebagai Perdana Menteri. Saya doakan Lee Hsien Loong diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan mentadbir Singapura,’’ katanya


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This