Syarikat rakaman Universal Music Malaysia dengan kerjasama The Giving Bank telah melancarkan lagu berjudul We Live To Give bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia agar sentiasa memberi harapan dan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di Malaysia.

Lagu yang menampilkan artis tempatan seperti Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana, Asyraf Nasir dan artis antarabangsa Simon Webbe ini membawa pesanan tulus yang mampu mendorong pendengar agar memupuk perasaan kasih sayang dan belas ihsan melalui amalan baik.

Menurut Simon Webbe, mereka percaya bahawa lagu ini sarat dengan rasa cinta, hormat, harapan dan masa yang diterjemahkan kepada kecenderungan usaha mereka kepada golongan muda dan menyebarkan mesej penting ‘We Live To Give’.

“Memberi melangkau nilai wang yang diberi, ia juga diberi melalui mesej positif yang mengingatkan kita bagaimana membantu orang lain menaikkan semangat mereka dan meringankan beban mereka”, kata Simon.

Athalia, Diana Danielle, Shalma Eliana, Asyraf Nasir dan Simon Webbe bergabung dalam We Live To Give

Sementara itu, Diana Danielle dengan bersatu hati menerusi lagu We Live To Give, mereka sedikit sebanyak akan dapat melakukan perubahan.

“Saya percaya pada kekuatan bersatu hati kerana kita dapat mempengaruhi lebih banyak kehidupan dan perubahan untuk masa depan yang lebih baik secara kolektif,” kata Diana Danielle.

Dengan The Giving Bank menjadi salah satu saluran terpercaya Universal Music Malaysia, objektif projek ini adalah untuk mewujudkan mesej mengenai pentingnya memberi keselesaan dan sokongan untuk memperkuat daya ketahanan masyarakat.

“Sudah lama menjadi impian The Giving Bank untuk memiliki lagu yang sesuai bagi menggambarkan misi dan visi kami dalam membina hari esok yang lebih baik. Saya sudah dapat membayangkan ianya dinyanyikan di seluruh dunia ‘, kata Dr Janson, Pengasas & Presiden The Giving Bank.

Untuk memperluas mesej ‘We Live to Give’, dengan sokongan dari Astro Radio, dua stesen radio Inggeris tempatan, Hitz FM dan Mix FM akan mengetengahkan ‘We Live To Give’ sebagai lagu rasmi kepada kempen amal seterusnya di kedua-dua stesen tersebut.

Lagu We Live To Give boleh distrim di pelantar digital seperti Apple Music, Spotify, Youtube Music, Joox, KKBox dan banyak lagi. (https://UMM.lnk.to/WeLiveToGiveSR)