Cubaan ‘Datuk’ seludup keluar dadah RM14.4 juta dipatahkan Kastam

Dari Penulis

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan cubaan menyeludup keluar 400 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine bernilai RM14.4 juta yang disorok di dalam bungkusan teh di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa lepas.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata dalam operasi dilakukan sepasukan anggota daripada Cawangan Narkotik Kastam JKDM menemukan bahan kristal jernih disyaki dadah jenis methamphetamine di dalam bungkusan teh yang diisi di dalam kotak.

Turut ditahan bersama dadah tersebut tiga lelaki tempatan berumur 25 hingga 56 tahun termasuk individu yang dipercayai sebagai ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’.

Beliau berkata modus operandi sindiket adalah dengan mengisytiharkan kesemua kotak tersebut sebagai troli hotel di dalam dua kotak kayu besar bagi mengaburi pihak berkuasa.

Baca artikel berkaitan: Polis serbu pesta dadah di kondo, 8 termasuk 4 wanita warga asing dicekup

Dadah methamphetamine seberat 400 kilogram disorokkan dalam bungkusan teh yang cuba diseludup keluar. GAMBAR: FB Jabatan Kastam Diraja Malaysia

“Siasatan mendapati dua kotak berkenaan berisi lapan kotak yang mengandungi dadah disorokkan bersama pakaian. Kotak itu berisi bungkusan teh yang mengandungi bahan kristal jernih disyaki dadah berbahaya seberat 400 kg untuk diseludup ke beberapa negara di Asia Pasifik,” katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik JKDM, Kampung Jijan, di sini hari ini.

Abdul Latif berkata kesemua yang ditahan dipercayai telah 11 kali melakukan perbuatan tersebut menggunakan modus operandi yang sama sejak tahun lepas dengan dadah diperoleh dipercayai daripada pasaran tempatan dan luar negara.

Beliau berkata siasatan berhubung rekod jenayah lampau masih dijalankan manakala hasil ujian air kencing kesemua lelaki ditahan adalah negatif.

Katanya, kesemua mereka direman 14 hari bermula 31 Ogos lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.- BERNAMA

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This