Hukum masalah keputihan dan kekeliruan dalam kerjakan solat

Dari Penulis

TERDAPAT sesetengah wanita yang mengalami masalah keputihan atau cecair yang keluar dari faraj mereka bimbang sama ada hukum ibadat mereka terutama solat diterima ataupun tidak. Adakah sah solat mereka yang mengalami masalah keluar cecair di bahagian sulit tersebut yang sukar dibendung?

Islam amat mementingkan kebersihan luar dan dalam. Malah kebersihan juga dikaitkan dengan keimanan melalui sabda Rasulullah SAW, “Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Hukum masalah keputihan

Bagi kaum wanita, kebersihan diri terutama bahagian sulit amat penting kerana terdapat wanita yang mengalami masalah pada bahagian tersebut seperti kegatalan, keputihan, bengkak, berbau dan sebagainya. Keadaan-keadaan di atas sering membuatkan mereka tidak khusyuk melakukan ibadah seperti solat.

Contoh masalah keputihan. Adakah ia termasuk dalam kategori najis atau sebaliknya? Hukum masalah keputihan yang dialami sesetengah wanita, ulama fikah berbeza pendapat. Ini disebabkan cecair keputihan atau kecoklatan keluar dan faraj berbeza daripada air mani, mazi mahupun wadi.

Ada ulama menganggapnya sejenis najis dan membatalkan wuduk sementara pendapat lain pula mengatakan cecair berkenaan bersih dan membatalkan wuduk kecuali jika ia berterusan maka ia tidak membatalkan wuduk.

Pendapat di atas adalah berdasarkan kaedah “Segala sesuatu yang keluar dari dua jalan (dubur dan qubul) adalah membatalkan wuduk.”

Masalah cecair  atau keputihan pula keluar atau lubang keluar bayi, bukannya saluran kencing maka hukumnya bersih dan tidak membatalkan wuduk. Ini disebabkan tiada dalil jelas menunjukkan cecair atau keputihan tersebut adalah najis.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bokitta Alamanda berwajah baharu, berkonsepkan ‘Premium Lifestyle’

BOKITTA, jenama tudung Muslimah premium sememangnya terkenal dengan rekaannya yang moden dengan ciri eksklusif yang bebas pin, selesa dan...

More Articles Like This