Tiga lagi lokaliti dikenakan PKPD di Perak dan Pahang

Dari Penulis

SETIAP hari sentiasa ada lokaliti atau kawasan baharu yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Hari ini, sebanyak tiga lagi lokaliti di Perak dan Pahang akan diletakkan di bawah PKPD mulai Ahad ini selama dua minggu.

Perkara berkenaan diumumkan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad dalam kenyataan hari ini.

Keputusan melaksanakan PKPD di tiga lokaliti itu dilakukan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.

Penguatkuasaan PKPD di kesemua lokaliti itu akan berterusan sehingga 18 September depan.

BERITA BERKAITAN Tujuh lokaliti di Kelantan, Pahang dan Sabah dikenakan PKPD

Menurut Rodzi, PKPD yang diumumkan hari ini melibatkan dua lokaliti di Perak dan satu lagi di Pahang.

Katanya, lokaliti yang terlibat di Perak adalah di Taman Samudera, Seri Manjung, Manjung dan Kampung Orang Asli Sungai Cincin, Batang Padang.

Manakala, lokaliti di Pahang melibatkan kawasan sekitar Pekan Padang Tengki, Mukim Gua, Lipis yang meliputi Kampung Baru, Taman Bakti, Taman Dahlia serta deretan kedai Pekan Padang Tengku.

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah seperti yang diumumkan sebelum ini.

Katanya, PKPD di dua lokaliti di Kota Belud, Sabah iaitu Kampung Labuan dan Kampung Ambung Tolus yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan hingga 18 Sept.

PKPD di beberapa lagi kawasan di Sabah yang ditamatkan esok pula melibatkan Kampung Menunggui, Kampung Sayap dan Kampung Tuguson di Kota Belud; perumahan Ladang Cantawan, Silabukan dan perumahan Lestari, Felda Sahabat 48 (Lahad Datu); Taman Millenium dan Taman Kinabutan Ria (Tawau) serta Kampung Tangkuyan (Kinabatangan).

Kenyataan itu juga menyebut PKPD di Taman Balok Makmur, Kuantan dan Flat Damai Taha, Temerloh di Pahang turut ditamatkan esok. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai media Ahmad Zahid terlibat kemalangan

PEGAWAI media kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran...

More Articles Like This