Pelakon dan usahawan berjaya, Fazura telah berkongsi dia telah menerima hadiah istimewa daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Menerusi hantaran di IG Story akaun Instagram dirinya, Fazura berkongsi menerima hadiah berupa syiling emas dan beberapa buku keagamaan.

“Wow…junjung kasih Tuanku. Faz akan simpan Gold Coins ni untuk Fatima.
“MasyaAllah…dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya Allah… junjung kasih tuanku buat kurniaan dan ingatan ini. Love you so much,” tulis Fazura.
Selain hadiah, Fazura turut menerima kad ucapan istimewa daripada Tengku Permaisuri Norashikin yang mengucapkan terima kasih kepada Fazura kerana sentiasa menjadi seorang yang baik kepada baginda.


