Peperiksaan UPKK ditangguhkan ke 15 hingga 18 November

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEPERIKSAAN Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) untuk subjek bertulis bagi calon tahun 2020 dan 2021 yang sepatutnya dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober akan ditangguhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, peperiksaan itu akan ditangguhkan ke tarikh baharu iaitu pada 15 hingga 18 November.

Kata beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi semasa.

Pada masa sama, beliau berkata, ia juga mengambil kira ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 6 September 2021.

“Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Md. Jidin telah membuat satu keputusan berkaitan pembukaan sesi persekolahan yang mana akan mula dibuka pada 3 Oktober secara berperingkat.

“Selaras dengan keputusan tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah membuat keputusan untuk pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK juga bermula pada tarikh yang sama mengikut ketetapan tersebut.

Baca artikel berkaitan: 401,105 pelajar SPM cipta sejarah, duduki peperiksaan dengan norma baharu

“Keputusan menangguhkan peperiksaan itu juga bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid-murid terjamin serta persediaan pusat peperiksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Idris berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) juga membuat ketetapan bahawa hanya petugas peperiksaan yang telah mendapat dua dos lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.

Beliau menjelaskan, kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan UPKK berjalan lancar dan berjaya.

“Kerajaan sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa pandemik COVID-19 khususnya daripada aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan.

“Jakim dengan kerjasama semua agensi telah menyediakan pelan tindakan demi memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Almera gagal kawal kereta, rempuh Civic di Jalan Tun Razak

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai menekan pedal minyak secara berlebihan menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan...

More Articles Like This