POLIS Terengganu meminta orang ramai di negeri ini agar tidak mudah terpedaya sekiranya ada menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp mengenai keputusan ujian saringan Covid-19 daripada orang tidak dikenali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M. Zambri Mahmud berkata, ini kerana satu sindiket penipuan kini dikesan menggunakan pelbagai helah termasuk menghantar mesej ujian saringan Covid-19 kepada orang ramai beserta pautan yang ‘wajib’ ditekan penerima.

mangsa berhubung keputusan ujian saringan Covid-19.
“Isi kandungan mesej tersebut antara lain memaklumkan kepada penerima kononnya keputusan hasil saringan Covid-19 yang dilakukan adalah positif dan perlu menekan pautan yang disertakan sebagai maklum balas.
“Setelah mangsa melakukan seperti diarahkan, telefon pintar milik mereka difahamkan akan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
M. Zambri sehubungan itu berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah menekan pautan diterima terutama daripada nombor meragukan bagi mengelak telefon peribadi mereka digodam.
Ujarnya, mereka yang tidak pernah membuat ujian calitan Covid-19 sama ada di klinik swasta atau pun di klinik kesihatan kerajaan diminta agar tidak panik dan tidak melayan apa jua arahan diberikan sekiranya menerima mesej seperti itu.
“Walaupun setakat ini masih belum ada kes sedemikian dilaporkan berlaku di Terengganu, namun orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan segera mengabaikan mesej-mesej atau panggilan yang diterima daripada individu tidak dikenali,” tambahnya.